Friday, March 10, 2006

FRU mulai tembak air di KLCC

POLIS unit simpanan persekutusan (FRU) mulai menyembur air ke arah para demonstran ketika demo membantah kenaikan harga minyak oleh warga kota, Jumaat, 10 Mac lalu. Tindakan seumpama tidak berlaku ketika demo siri pertama pada hari yang sama minggu lalu.

Akibat tindakan FRU, demo siri kedua yang dianjurkan beberapa parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) menjadi tidaklah begitu ramai berbanding minggu lalu. Wartawan Sariberita yang berada bersama menjangkakan demo kali ini hanya disertai oleh kira-kira 800 orang sahaja, berbanding minggu lalu sekitar hampir 2 ribu orang.

Tindakkan menembak air itu menyebabkan orang ramai lari bertempiran dan cuba menyelamatkan diri daripada ‘diburu’ oleh pihak berkuasa. Namun, tidak ada sebarang tangkapan dilaporkan. Demo bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat kira-kira jam 2.15 petang dengan orang ramai mula berkumpul di perkarangan KLCC.

Percubaan untuk membakar bendera Petronas oleh seorang pendemonstran juga dihalang oleh bendara Pas pusat, Dr Hatta Ramli. Beliau berkata, demonstrasi ini bukan ditujukan kepada syarikat minyak nasional itu, tetapi tertumpu kepada sikap kerajaan Malaysia sendiri yang menarik balik sejumlah subsidi minyak.

Pihak polis sejak awal lagi sudah memberikan amaran agar demontrasi itu dibatalkan tetapi arahan berkenaan tidak dipedulikan. Beberapa pemimpin pembangkang turut memulakan ucapan dengan mendesak agar kerajaan menurunkan semula kadar minyak. Bekas pemimpin Umno, Ibrahim Ali juga memberikan ucapan berapi-apinya sewaktu helikopter terbang rendah sehingga mengganggu ucapan beliau.

“Tolong beritahu mereka agar jangan gunakan helikopter ini kerana sekarang harga minyak mahal,” kata Ibrahim.

Peguam Zulkifli Nordin [foto sebelah] bagaimanapun cuba untuk mengadakan perbincangan dengan pihak polis bagi meneruskan demonstrasi berkenaan.

Timbalan presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa, naib presiden, Muhammad Sabu, ketua penerangan Muslimat, Dr Mariah Mahmood, sementara pemimpin daripada Keadilan yang turut serta termasuklah naib ketua pemuda, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ketua penerangan dan Tian Chua. Demonstrasi dua minggu berturut-turut ini juga disertai oleh warga kota daripada pelbagai bangsa. Indra Khadir [Sariberita]

[kembali ke halaman utama]